Tarikh   : 14 Disember 2019

Masa    : 8:30 pagi - 4:30 petang

Tempat : Jeti Santaba, Kampung Patiambun 

Seramai 164 orang telah berkunjung ke booth Pusat Internet Patiambun yang mana booth

kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti penerangan kelebihan Pusat Internet,

Pengenalan Dashboard Komuniti, Sesi Soal Jawab dan Kuiz Klik Dengan Bijak. Dengan adanya

pembukaan booth seperti ini, komuniti akan lebih mengenali Pusat Internet dan objektif

penubuhannya.

GAMBAR DI SINI

Tarikh   : 7 Disember 2019

Masa    : 10 pagi - 12 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Patiambun

Tajuk Jenayah Siber bagi program Klik Dengan Bijak dipilih bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para

pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi. Tayangan video berkenaan

Jenayah Siber telah ditayangkan untuk memudahkan para pelajar memahami definisi Jenayah Siber. Melalui 

program ini, para pelajar lebih peka dan berhati-hati sebelum berkongsi maklumat peribadi dan cara untuk

mengelakkan diri daripada menjadi mangsa Jenayah Siber.

GAMBAR DI SINI

(Pihak Pusat Internet membuka booth untuk mobile e- waste & hebahan my tv)

Tarikh   : 10 November 2019

Masa    : 8 pagi - 12 tengah hari

Tempat : Dewan Kampung Patiambun

Menggalakkan komuniti untuk membuang bahan elektronik yang tidak berfungsi dengan

cara yang lebih selamat. Selain itu, memberi hebahan berkenaan penutupan siaran 

analog dan cara untuk beralih ke siaran digital.

GAMBAR DI SINI

Tarikh  : 5 November 2019

Masa    : 10 pagi - 1 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Patiambun

Pihak Pusat Internet menyediakan beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak

tabika seperti kuiz abjad dan nombor atas talian. Selain itu, pihak Pusat Internet turut

mengambil peluang membuat hebahan berkenaan peralihan siaran tv analog ke siaran

digital kepada ibu bapa yang turut serta mengiring anak-anak mereka.

GAMBAR DI SINI

 

(Kuiz berasaskan Klik Dengan Bijak dan penyelesaian Puzzle)

 Tarikh    : 22 Oktober 2019

Masa      :2 petang - 4:30 petang

Tempat   : Pusat Internet Patiambun

Memberi peluang kepada peserta untuk menyelesaikan puzzle dengan segera setelah

berjaya menjawab kuiz Klik Dengan Bijak.

Mendidik peserta mengenai pentingnya untuk Klik Dengan Bijak dalam penggunaan

internet seperti media sosial dan sebagainya.

GAMBAR DI SINI