Pusat Sebaran Maklumat Nasional
SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) PATIAMBUN
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN : |
|
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
|
JUMLAH KEAHLIAN
NADI Patiambun telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 30 Januari 2019. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Patiambun bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:
AHLI LAMA | 451 |
AHLI BARU BULAN OGOS 2024 | 2 |
KESELURUHAN PADA OGOS 2024 | 453 |
KENALI PETUGAS NADI
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Kami bersedia menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami selaku pengurus dan penolong pengurus NADI Patiambun.
PENGURUS
Nama : Nurlina Binti Ebinli
Mula Berkhidmat : 3 Februari 2023
PENOLONG PENGURUS
Nama: Nur Syahirah Binti Mahmud
Mula berkhidmat: 3 Mei 2024
SEJARAH KAMPUNG PATIAMBUN
Menurut cerita orang kampung terdahulu, Kampung Patiambun pada asalnya didiami oleh orang yang berketurunan Adat Perpatih sewaktu pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei. Mereka tinggal berkeluarga di kawasan ini beberapa tahun lamanya. Adat Perpatih ini adalah gelaran daripada Kesultanan Brunei pada ketika itu dan masih wujud sehingga sekarang. Kumpulan keluarga yang tinggal di kawasan ini ketika itu telah diketuai oleh orang yang bernama Ambun.
Setelah keturunan Adat Perpatih meninggalkan kawasan ini,ia telah diterokai semula dan mereka menggelar kawasan ini dengan gelaran Patih Ambun sempena mengambil nama Adat Perpatih dan ketua mereka. Nama ini kekal sehingga sekarang tetapi sekarang hanya berbeza dari segi sebutan dan ejaan kepada Kampung Patiambun.
Selain itu, Kampung Patiambun ini mempunyai mercu tanda tersendiri iaitu seekor ketam paya. Ini disebabkan, kawasan ini merupakan habitat kehidupan ketam terutamanya ketam paya.
Sumber Rujukan : Buku Profil JKK Kampung Patiambun