Kampung Patiambun merupakan sebuah kampung yang terletak hanya sekitar 5km dari pusat Bandar Limbang. Kampung ini tidak ketinggalan dalam mendapat nikmat pembangunan. Kampung ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam, bekalan air bersih, jalan raya berturap dan jeti untuk para nelayan. Selain itu, kampung ini juga mempunyai dewan serbaguna, gelanggang futsal, surau yang selesa, sekolah menengah dan tabika, open market, jeti dan tempat letak perahu serta perhentian bas. Kampung ini juga memiliki Hutan Simpan Paya Bakau yang diiktiraf oleh kerajaan tempatan dan menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. 

ALLIN