Pusat Sebaran Maklumat Nasional

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) PATIAMBUN

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

 

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

JUMLAH KEAHLIAN

NADI Patiambun telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 30 Januari 2019. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Patiambun bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:

 

AHLI LAMA  451 
AHLI BARU BULAN OGOS 2024 2
KESELURUHAN PADA OGOS 2024 453

 

KENALI PETUGAS NADI

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Kami bersedia menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami selaku pengurus dan penolong pengurus NADI Patiambun.

                                                                     

                                                                PENGURUS                                                                       

photo 6111756548771527439 xNama : Nurlina Binti Ebinli

Mula Berkhidmat : 3 Februari 2023

 

PENOLONG PENGURUS

photo 6111756548771527427 x

    Nama: Nur Syahirah Binti Mahmud

Mula berkhidmat: 3 Mei 2024