TAMAN NEGARA HUTAN SIMPAN PAYA BAKAU PATIAMBUN

Kampung Patiambun mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Meskipun dilimpahi dengan kemajuan dan pembangunan, namun masih terdapat mutiara bernilai yang menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk datang berkunjung. Mutiara bernilai yang tersembunyi di pinggir Sungai Santaba Kampung Patiambun ini merupakan hutan paya bakau yang masih terjaga rapi. Hutan paya bakau atau lebih dikenali sebagai Hutan Simpan Paya Bakau Patiambun terletak di pinggir Sungai Santaba dan pintu masuk ke kawasan hutan simpan ini adalah berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun.

Selain daripada tumbuhan paya bakau, terdapat juga tumbuhan lain yang hidup subur di sepanjang hutan simpan ini iaitu pokok Nipah. Dalam pada itu, terdapat satu lagi hidupan menarik yang terdapat di hutan simpan ini iaitu Monyet Belanda. Monyet Belanda merupakan spesis yang sukar untuk dijumpai dan antara spesis yang dilindungi. Oleh sebab monyet ini hidup dalam habitat yang masih terpelihara, ia sukar untuk ditemui dan hanya akan keluar daripada habitatnya ketika mencari makanan. 

 

Antara gambar yang diambil;