Hospital Limbang terletak di Jalan Pandaruan, 98700 Limbang Sarawak. Hospital ini merupakan hospital terdekat dengan Kampung Patiambun iaitu dengan jarak 5.1km dengan masa sekitar 8 minit perjalanan. Hospital ini merupakan hospital utama untuk warga Limbang dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan seperti Kecemasan, Pesakit Luar, Wad Lelaki dan Wanita, Wad Bersalin, Wad Kanak-kanak, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Pergigian, Klinik Mata, Makmal, Farmasi, Perkhidmatan Xray dan banyak lagi. Kemudahan pertemuan dengan pakar juga disediakan secara berkala. 

Talian Kecemasan Hospital Limbang : 085- 211200

Tahukah anda apa itu CORONAVIRUS??

 

Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV.

Langkah pertama yang dicadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai adalah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Langkah kedua adalah penting sekiranya berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini.

“Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan.

“Elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

“Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna,” kata KKM yang berkongsi poster langkah pencegahan yang dikongsi bersama orang ramai menerusi sesawang Facebooknya.

Langkah ketiga perlu diambil orang ramai adalah segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.