KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN 2 NADI PATIAMBUN (2024)

USAHAWAN ATAS TALIAN: SITI NOR ADRINA BINTI EBINLI

Nama: Siti Nor Adrina Binti Ebinli

Umur: 38 Tahun

Ahli: 2023

Latar belakang:

Siti Nor Adrina berusia 38 tahun merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 7 orang cahaya mata. Beliau sangat meminati bidang perniagaan. Perniagaan kuih tart dan minuman merupakan pendapatan sampingan untuk menambah pendapatan keluarga kecilnya. Pada awalnya, beliau hanya menjual kuih tart secara kecil-kecilan di dalam kawasan kampung setiap kali ada tempahan sahaja. Namun kini beliau kerap membuka tempahan memandangkan permintaan yang semakin meningkat.Selain itu,beliau juga sudah memiliki pondok kecil di kawasan kampung sebagai tempat khas untuk beliau menjual produk makanan dan minuman jualannya kepada orang ramai yang beroperasi pada setiap hari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan di NADI:

Puan Adrina hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau, beliau hanya menjual produknya melalui applikasi whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan di NADI:

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di NADI, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosikan produk jualannya. Beliau mula mempromosikan jualannya secara meluas melalui Facebook dan lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.Bahkan kini,beliau mempunyai label produknya sendiri.

CELIK IT: GLENNIA OLIN HOSLI

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Glennia Olin Hosli

Umur: 20 Tahun

Ahli: 2023

Latar Belakang:

Glennia Olin berumur 20 tahun dan merupakan bekas Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang.Beliau juga merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik dan sangat berminat mempelajari bidang ICT.Sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma,dia berminat untuk mempelajari penggunaan microsoft office,microsoft power point dan excel.Oleh itu, NADI Patiambun menjadi pilihan Glennia untuk mempelajari ICT dengan lebih mendalam.Glennia mengambil masa 2 minggu untuk mahir dalam penggunaan ICT dan ianya memberikan pengalaman pembelajaran yang sangat menarik dan sangat membantu dirinya apabila melanjutkan pengajiannya kelak .

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan di NADI:

Glennia tidak begitu mahir menaip, dan hanya tahu sedikit asas Microsoft Office.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan di NADI:

Glennia sudah mulai yakin dan lebih tahu menggunakan Microsoft Office. Glennia sudah pandai menaip surat rasmi ketika mengikuti latihan di NADI Patiambun. Bahkan beliau sudah tahu penggunaan power point untuk tujuan pembentangan dan excel digunakan dalam kerja yang berkaitan data.

 

 

CELIK IT- NUR ELISYA NATASYA BINTI HELMY

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Nur Elisya Natasya Binti Helmy

Umur: 19 Tahun

Ahli: 2023

Latar belakang

Nur Elisya berusia 19 tahun, kini menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam bidang pengurusan perniagaan di Meritus University dan merupakan anak kedua di dalam 7 orang adik beradik.Nur Elisya sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang dan turut serta  dalam pelbagai aktiviti ‘ICT learning’,yang diajar oleh petugas NADI. Selain itu, Nur Elisya juga sering mengajak rakannya untuk menghadiri kelas ICT di NADI Patiambun dan yang terbaru Nur Elisya konsisten memberi komitmen untuk mengikuti kelas ICT selama 2 minggu berturut-turut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, Nur Elisya tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari youtube dan bermain game sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Excel. Nur Elisya kini mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip surat secara cekap dan boleh membuat slide pembentangan dan poster menggunakan Power Point dengan baik . 

 

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 NADI PATIAMBUN (2024)

USAHAWAN ATAS TALIAN: JAMILAH BINTI ALI

Nama: Jamilah Binti Ali

Umur: 34 Tahun

Ahli: 2021

Latar Belakang:

Jamilah Ali berusia 34 tahun merupakan suri rumah yang mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau sangat meminati bidang perniagaan.Perniagaan kuih tart merupakan pendapatan sampingan untuk menambah pendapatan keluarga kecilnya. Pada awalnya, beliau hanya menjual kuih tart secara kecil-kecilan di dalam kawasan perumahannya setiap kali ada tempahan sahaja.Namun kini beliau kerap membuka tempahan memandangkan permintaan yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI:

Puan Jamilah hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau,Beliau hanya menjual produknya melalui applikasi whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI:

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di NADI,beliau mula menggunakan internet sebagai medium utama untuk mempromosikan produk jualannya. Beliau mula mempromosikan jualannya melalui Facebook dan lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.Bahkan kini,beliau mempunyai label produknya sendiri.  Beliau juga ada membuka kiosk jualannya bersama peniaga-peniaga kecil yang lain.

 

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2 PEDI PATIAMBUN (2023)

USAHAWAN ATAS TALIAN:Syahidah binti Dollah

Nama:Syahidah binti Dollah

Umur:20 Tahun

Ahli:2019

Latar Belakang:

Syahidah, berusia 20 tahun merupakan seorang remaja yang sangat meminati bidang perniagaan. Beliau mula berniaga kerana ingin mencari pendapatan sampingan. Pada awalnya, beliau hanya berjualan produk ini secara kecil- kecilan di dalam kawasan kejiranannya sahaja. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan mula mengambil slot tempahan setiap kali ada permintaan. Oleh kerana tempahan yang diterima sangat memberangsangkan, beliau turut menghantar produk beliau ke kedai runcit terdekat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Cik Syahidah hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian. Beliau juga kini mempunyai label produknya sendiri.