KISAH KEJAYAAN USAHAWANAN 2 (2022)

USAHAWAN ATAS TALIAN:Jamilah Binti Ali

Nama:Jamilah Binti Ali

Umur:32 Tahun

Ahli:2021

Latar Belakang:

Jamilah, berusia 32 tahun merupakan seorang suri rumah yang sangat meminati bidang perniagaan. Beliau mula berniaga kerana ingin mencari pendapatan sampingan untuk keluarga kecilnya. Pada awalnya, beliau hanya berjualan produk ini secara kecil- kecilan di dalam Kawasan perumahannya sahaja. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan mula mengambil slot tempahan setiap kali ada permintaan. Oleh kerana tempahan yang diterima sangat memberangsangkan, beliau kerap membuka tempahan sehingga 5 kali seminggu dan semua hasil jualannya pasti akan laris dan habis.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

Puan Jamilah hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

Selepas pengunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.Beliau juga kini mempunyai label produknya sendiri.