Bakul anyaman yang diusahakan oleh seorang usahawanita tempatan iaitu Puan Nur Wens merupakan salah satu produk yang unik dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pencinta kraftangan. Hasil tangan beliau adalah sangat istimewa kerana beliau menganyam sendiri bakul tersebut dengan berdasarkan permintaan daripada para pelanggannya. Bakul anyaman ini didatangkan dengan pelbagai saiz, warna dan rekaan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.