KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 PEDI PATIAMBUN (2023)

USAHAWAN ATAS TALIAN: Fazdhil Mu'azam Bin Jamil

Nama:Fazdhil Mu'azam Bin Jamil

Umur:25 Tahun

Ahli:2020

 

Latar belakang:

Fazdhil, berusia 25 tahun merupakan seorang pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Sarawak yang sangat meminati bidang pembuatan kek dan manisan. Didorong oleh minat dan adanya permintaan, beliau mula berjinak- jinak memasuki bidang perniagaan. Pada awalnya, beliau hanya berjualan produk ini secara kecil- kecilan di dalam kawasan kampung sahaja. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan mula mengambil slot tempahan setiap kali ada permintaan terutamanya untuk majlis- majlis keraian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Encik Fazdhil hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian terutamanaya melalui laman facebook dan Instagram. Beliau juga kini mempunyai label produknya sendiri.

 

387124196_17981677121524640_7798921180923527851_n.jpg