KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 PEDI PATIAMBUN (2023)

USAHAWAN ATAS TALIAN: Fazdhil Mu'azam Bin Jamil

Nama:Fazdhil Mu'azam Bin Jamil

Umur:25 Tahun

Ahli:2020

 

Latar belakang:

Fazdhil, berusia 25 tahun merupakan seorang pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Sarawak yang sangat meminati bidang pembuatan kek dan manisan. Didorong oleh minat dan adanya permintaan, beliau mula berjinak- jinak memasuki bidang perniagaan. Pada awalnya, beliau hanya berjualan produk ini secara kecil- kecilan di dalam kawasan kampung sahaja. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan mula mengambil slot tempahan setiap kali ada permintaan terutamanya untuk majlis- majlis keraian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Encik Fazdhil hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian terutamanaya melalui laman facebook dan Instagram. Beliau juga kini mempunyai label produknya sendiri.

 

387124196_17981677121524640_7798921180923527851_n.jpg   

 

 

CELIK IT- ASNITA BINTI LEAMAT

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Asnita binti Leamat

Umur: 14 Tahun

Ahli: 2019

 

Latar belakang:


Asnita berusia 14 tahun, kini tingkatan dua dan bersekolah di SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak kedua di dalam keluarganya. Asnita sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Ekonomi Digital untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang dan turut serta dalam pelbagai aktiviti ‘ICT learning’,yang diajar oleh petugas PEDi. Selain itu, Asnita juga sering mengajak rakannya untuk menghadiri kelas ICT di PEDi Patiambun dan konsisten memberi komitmen untuk mengikuti Bengkel ICT selama 2 minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Sebelum penggunaan ICT, Asnita tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari youtube dan laman facebook sahaja.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:
Pusat Ekonomi Digital menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Asnita kini mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Selain itu, Asnita juga mampu menghasilkan poster menggunakan aplikasi Canva.

KISAH KEJAYAAN USAHAWANAN 2 (2022)

USAHAWAN ATAS TALIAN:Jamilah Binti Ali

Nama:Jamilah Binti Ali

Umur:32 Tahun

Ahli:2021

Latar Belakang:

Jamilah, berusia 32 tahun merupakan seorang suri rumah yang sangat meminati bidang perniagaan. Beliau mula berniaga kerana ingin mencari pendapatan sampingan untuk keluarga kecilnya. Pada awalnya, beliau hanya berjualan produk ini secara kecil- kecilan di dalam Kawasan perumahannya sahaja. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan mula mengambil slot tempahan setiap kali ada permintaan. Oleh kerana tempahan yang diterima sangat memberangsangkan, beliau kerap membuka tempahan sehingga 5 kali seminggu dan semua hasil jualannya pasti akan laris dan habis.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

Puan Jamilah hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

Selepas pengunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.Beliau juga kini mempunyai label produknya sendiri.

CELIK IT- AMIRA BINTI LEAMAT

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Amira binti Leamat

Umur: 16 Tahun

Ahli: 2019

 

Latar belakang:

Amira berusia 16 tahun, kini tingkatan empat dan bersekolah di SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak sulung di dalam keluarganya.
Amira sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Ekonomi Digital untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang dan turut serta dalam pelbagai aktiviti ‘ICT learning’,yang diajar oleh petugas PEDi. Selain itu, Amira juga sering mengajak rakannya untuk menghadiri kelas ICT di PEDi Patiambun dan yang terbaru Amira konsisten memberi komitmen untuk mengikuti Bengkel ICT selama 2 minggu berturut-turut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:


Sebelum penggunaan ICT, Amira tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari youtube dan laman facebook sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:


Pusat Ekonomi Digital menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Amira kini mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher.

 

CELIK IT- AARON EMMANUAL PETRUS

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Aaron Emmanual Petrus 

Umur: 22 Tahun

Ahli: 2021

Latar belakang

Aaron berusia 22 tahun dan kini menyambung pelajaran di Kolej Kementerian Kesihatan Kuching. Aaron terdahulu bersekolah di SMK Kubong, Limbang dan merupakan anak sulung di dalam keluarganya.

Aaron sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Ekonomi Digital untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang dan memasuki portal pencarian pekerjaan dan turut serta  dalam pelbagai aktiviti ‘ICT learning’, kelas kelas pemantapan resume yang diajar oleh petugas PEDi. Selain itu, Aaron juga aktif turut serta menjadi sukarelawan program anjuran PEDi Patiambun dan banyak membantu dalam penganjuran program berkaitan PEDi seperti Klik Dengan Bijak dan Mobile e-Waste. Aaron juga sering mengajak rakannya untuk menghadiri kelas ICT di PEDi Patiambun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Aaron tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari youtube dan laman facebook sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pusat Ekonomi Digital menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Aaron kini mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Dalam pada itu, Aaron juga kini mempunyai laman web sendiri hasil daripada mengikuti kelas di PEDi Patiambun.

Picture1