KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2 (QUATER 1)

USAHAWAN ATAS TALIAN: Siti Fazirah Binti Dollah

Nama: Siti Fazirah binti Dollah

Umur: 29 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang: 

Siti Fazirah, berusia 29 tahun merupakan seorang wanita yang meminati bidang perniagaan. Pada awalnya, beliau mula berniaga kerana ingin mengisi waktu lapang sahaja. Beliau hanya berjualan hasil masakannya secara kecil- kecilan di dalam kampung dan rakan terdekat sahaja. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan mula berniaga bersama –sama dengan sepupu di sebuah Warung di Kampung Patiambun. Laksa Sarawak beliau merupakan salah satu menu popular dan menjadi pilihan pelanggan warung tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

Siti Fazirah hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi: 

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.