CELIK IT- AARON EMMANUAL PETRUS

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Aaron Emmanual Petrus 

Umur: 22 Tahun

Ahli: 2021

Latar belakang

Aaron berusia 22 tahun dan kini menyambung pelajaran di Kolej Kementerian Kesihatan Kuching. Aaron terdahulu bersekolah di SMK Kubong, Limbang dan merupakan anak sulung di dalam keluarganya.

Aaron sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Ekonomi Digital untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang dan memasuki portal pencarian pekerjaan dan turut serta  dalam pelbagai aktiviti ‘ICT learning’, kelas kelas pemantapan resume yang diajar oleh petugas PEDi. Selain itu, Aaron juga aktif turut serta menjadi sukarelawan program anjuran PEDi Patiambun dan banyak membantu dalam penganjuran program berkaitan PEDi seperti Klik Dengan Bijak dan Mobile e-Waste. Aaron juga sering mengajak rakannya untuk menghadiri kelas ICT di PEDi Patiambun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Aaron tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari youtube dan laman facebook sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pusat Ekonomi Digital menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Aaron kini mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Dalam pada itu, Aaron juga kini mempunyai laman web sendiri hasil daripada mengikuti kelas di PEDi Patiambun.

Picture1