CELIK IT- SHAMSUL BIN KHAMIS

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Shamsul bin Khamis

Umur: 16 Tahun

Ahli: 2020

Latar belakang

Shamsul bin Khamis berusia 16 tahun dan kini berada di Tingkatan 4. Shamsul bersekolah di SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak bongsu di dalam
keluarganya. Shamsul sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke PEDi untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang seperti ‘ICT games’ dan ‘ICT learning’ yang pernah diajar oleh petugas PEDi. Selain itu, Shamsul juga aktif turut serta dalam Kumpulan Digital Squad yang ditubuhkan oleh PEDi Patiambun dan banyak membantu dalam penghasilan video-video berkenaan PEDi, Klik Dengan Bijak dan Mobile e-Waste. Shamsul juga sering mengajak rakan sekelasnya untuk menghadiri kelas pdpr mereka di PEDi Patiambun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Shamsul tidak mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari ‘youtube’ sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Shamsul kini serba sedikit mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher.