KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 1)

USAHAWAN ATAS TALIAN : BURHANUDDIN BIN MUNIR

 NAMA  : BURHANUDDIN BIN MUNIR

UMUR   : 30 TAHUN

AHLI    : 2019

LATAR BELAKANG

Burhanuddin merupakan seorang belia kelahiran Kampung Patiambun yang berusia 30 tahun. Beliau menjadikan hobinya yang suka memasak sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatannya di samping bekerja dalam bidang pemindahan barang. Burhanuddin mula berniaga masakan yang berasaskan pasta pada tahun 2018. Namun pada ketika itu, dia hanya berniaga di gerai tepi jalansahaja. Kini perniagaannya mula berkembang seiring dengan kehendak pelanggannya yang kini semakin meningkat. Produk masakan beliau diberikan nama “La Pasta” kerana masakannya adalah berasaskan pasta.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Burhanuddin hanya berniaga secara kecil-kecilan di gerai tepi jalan dan menghantar hasil masakannya ke kedai makan. Selain itu, kekangan dalam mempromosi masakan jualannya juga antara faktor jualannya kurang memberangsangkan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Sejak mempelajari ICT dan turut serta dalam kelas keusahawanan anjuran PEDi Patiambun, Burhanuddin mula mengambil langkah berani untuk mempromosi jualannya di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Beliau turut belajar cara membuat label produk masakannya di PI serta menamakan jualan masakan berasaskan pasta beliau sebagai “La Pasta”.

 

CELIK IT - Siti Fazirah Binti Dollah

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

NAMA  : SITI FAZIRAH BINTI DOLLAH

UMUR  : 27 TAHUN

AHLI    : 2019

Latar Belakang

Siti Fazirah, 27 tahun merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Dia merupakan anak Kampung Patiambun Limbang. Dia juga merupakan pelajar lepasan Diploma Accounting di Politeknik Mukah Sarawak. Beliau bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai. Beliau berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT. Justeru itu, beliau sering ke PEDi Patiambun untuk menambahkan ilmu pengetahuannya mengenai penggunaan komputer.

 
Sebelum penggunaan ICT /Penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT,Siti Fazirah kurang mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya mengetahui perkara yang asas dalam penggunaan Microsoft Words. Beliau sering ke PEDi untuk membuat kerjanya sendiri dengan bantuan petugas. Selain itu, dia juga boleh melayari internet untuk mencari maklumat.
 
Selepas penggunaan ICT /Penglibatan PEDi
PEDi menyediakan latihan ICT seperti latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point, Publisher dan Excell. Siti Fazirah kini semakin mahir dalam penggunaan, Microsoft Words, Excell dan Publisher. Beliau bukan setakat mahir dalam penggunaan komputer malah tangkas dalam menaip dan menggunakan excel tanpa dipantau oleh petugas. Beliau juga, mampu mebuat resume sendiri tanpa bantuan petugas. Kini Siti Fazirah sudah mengetahui cara pencarian maklumat dengan betul bagi menyiapkan kerjanya.
 

KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 3)

USAHAWAN ATAS TALIAN : HAIRUNI BINTI TAMBANG

NAMA  : HAIRUNI BINTI TAMBANG

UMUR   : 31 TAHUN

AHLI    : 2019

LATAR BELAKANG

Puan Hairuni pada permulaannya hanya menjual kuih apam comel dan tart secara kecil-kecilan. Beliau mula berniaga sejak tahun 2017 dan kini beliau semakin dikenali dengan antara pembuat kuih tart yang sedap di daerah ini. Dalam masa yang sama, Puan Hairuni juga menjual ketam paya. Namun begitu, hasil jualan ketam paya ini hanya di jual melalui keluarga dan kawan terdekat sahaja kerana keterbatasan pengetahuan beliau dalam mempromosi jualan secara atas talian.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Puan Hairuni hanya berniaga secara kecil-kecilan dan secara bersemuka dengan pelanggan beliau. Puan Hairuni juga kurang pengetahuan tentang penggunaan teknologi dalam perniagaan. PEDi telah membantu beliau dengan penganjuran kelas keusahawanan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Puan Hairuni mula bergiat aktif dalam perniagaan atas talian selepas ikut serta dalam kelas keusahawanan anjuran PEDi. Hasilnya, beliau kini aktif mengiklankan hasil jualannya ke laman sosial miliknya.

 Capture

KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 4)

USAHAWAN ATAS TALIAN : NAZAMUNIZA BINTI AMIN

NAMA  : NAZAMUNIZA BINTI AMIN

UMUR  : 27 TAHUN

AHLI    : 2019

LATAR BELAKANG

Puan Nazamuniza seorang suri rumah yang tiada pekerjaan sampingan. Beliau berumur 27 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Kehidupan beliau sangat sukar sehinggakan beliau berazam untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan demi memperbaiki lagi ekonomi keluarga mereka. Puan Naza mula berniaga sejak tahun 2018 dan hanya berniaga melalui ahli keluarga terdekat sahaja. Apabila beliau melihat perniagaannya mulai berkembang sehingga di luar kampungnya, beliau ingin menaiktaraf cara mempromosikan produk perniagaanya. Namun begitu, beliau kurang berpengetahuan dalam penggunaan ICT.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi 

Sebelum penggunaan ICT, Puan Naza hanya berniaga secara kecil-kecilan melalui ahli keluarga terdekat sahaja. Pendapatan beliau hanya mendapat jumlah yang sedikit. Hal ini disebabkan beliau kurang mahir dalam teknik perniagaan. Malah, beliau juga kurang berpengetahuan dalam penggunaan teknologi seperti media sosial, editing gambar mahupun Microsoft Words. Justeru, kewujudan PEDi ini sangat membantu beliau dalam penggunaan ICT bagi meningkatkan perniagaannya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Sejak mempelajari ICT dan bengkel keusahawanan, Puan Naza mula bergiat aktif dalam perniagaan ‘online’ melalui whatsapp, facebook dan akaun instagram miliknya. Beliau juga kini rajin mengiklankan hasil jualannya ke laman sosial yang dimilikinya. Malah, sejak kebelakangan ini, beliau juga sering menghadiri aktiviti bersama usahawan bagi meningkatkan ilmu pengetahuannya mengenai dunia perniagaan. Hasil pendapatan jualannya semakin meningkat daripada sebelumnya.

 

 

CELIK IT - Mohd Nazhim Danan Bin M. Danan

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

 NAMA   : MOHD NAZHIM DANAN BIN M. DANAN

UMUR    : 11 TAHUN

AHLI      : 2019

Latar Belakang

Mohamad Nazhim berusia 11 tahun dan kini berada di Tahun 5. Nazhim bersekolah di SK Limpaki, Limbang. Nazhim juga merupakan anak lelaki sulung daripada lima orang adik- beradik. Nazhim sering ke PEDi bagi menghabiskan masa lapangnya dengan melayari laman sesawang seperti ICT Games dan ICT Learning yang pernah diajar di PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum ini, Nazhim tidak mahir dalam menggunakan komputer dan Microsoft Office dengan baik. Dia hanya tahu melayari laman youtube sahaja. 

 

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Nazhim telah menyertai beberapa aktiviti PEDi berasaskan ICT antaranya pengenalan kepada peralatan komputer dan latihan Microsoft Office. Nazhim juga mampu menaip dengan lebih tangkas berbanding sebelum ini. Dalam masa yang sama, Nazhim juga memanfaatkan pengetahuannya untuk mencari website sebagai rujukan untuk pembelajarannya.