KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 4)

USAHAWAN ATAS TALIAN : NAZAMUNIZA BINTI AMIN

NAMA  : NAZAMUNIZA BINTI AMIN

UMUR  : 27 TAHUN

AHLI    : 2019

LATAR BELAKANG

Puan Nazamuniza seorang suri rumah yang tiada pekerjaan sampingan. Beliau berumur 27 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Kehidupan beliau sangat sukar sehinggakan beliau berazam untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan demi memperbaiki lagi ekonomi keluarga mereka. Puan Naza mula berniaga sejak tahun 2018 dan hanya berniaga melalui ahli keluarga terdekat sahaja. Apabila beliau melihat perniagaannya mulai berkembang sehingga di luar kampungnya, beliau ingin menaiktaraf cara mempromosikan produk perniagaanya. Namun begitu, beliau kurang berpengetahuan dalam penggunaan ICT.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi 

Sebelum penggunaan ICT, Puan Naza hanya berniaga secara kecil-kecilan melalui ahli keluarga terdekat sahaja. Pendapatan beliau hanya mendapat jumlah yang sedikit. Hal ini disebabkan beliau kurang mahir dalam teknik perniagaan. Malah, beliau juga kurang berpengetahuan dalam penggunaan teknologi seperti media sosial, editing gambar mahupun Microsoft Words. Justeru, kewujudan PEDi ini sangat membantu beliau dalam penggunaan ICT bagi meningkatkan perniagaannya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Sejak mempelajari ICT dan bengkel keusahawanan, Puan Naza mula bergiat aktif dalam perniagaan ‘online’ melalui whatsapp, facebook dan akaun instagram miliknya. Beliau juga kini rajin mengiklankan hasil jualannya ke laman sosial yang dimilikinya. Malah, sejak kebelakangan ini, beliau juga sering menghadiri aktiviti bersama usahawan bagi meningkatkan ilmu pengetahuannya mengenai dunia perniagaan. Hasil pendapatan jualannya semakin meningkat daripada sebelumnya.