Celik IT - Khairul Wardee Bin Jimmy

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

NAMA    : KHAIRUL WARDEE BIN JIMMY

UMUR    : 14 TAHUN

AHLI      : 2019

Latar Belakang

Khairul Wardee berusia 14 tahun dan kini berada di Tingkatan 2 dan bersekolah di SMK Seri  Patiambun, Limbang dan merupakan anak lelaki sulung daripada tiga orang adik-beradik di dalam keluarganya. Khairul Wardee sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT serta sering ke Pusat Internet untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang seperti 'ICT games', 'ICT learning' dan mengulang kaji pelajaran menggunakan kemudahan yang ada. Selain itu, Khairul Wardee berminat untuk menjadi seorang 'youtuber'.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Khairul tidak mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari 'youtube' sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Khairul semakin mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia juga kerap melayari laman pendidikan secara atas talian.

 

Celik IT - Syahidah Binti Dollah

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

NAMA    : SYAHIDAH BINTI DOLLAH

UMUR    : 17 TAHUN

AHLI      : 2019

Latar Belakang

Syahidah Dollah berusia 17 tahun dan kini berada di Tingkatan 5. Syahidah bersekolah di SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Syahidah sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Internet untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang 'ICT learning' yang pernah diajar oleh petugas PEDi. Dia menjadikan platform ICT Learning sebagai salah satu cara mudah untuk mengulangkaji pelajarannya memandangkan beliau akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Syahidah kurang mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari laman Facebook.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Syahidah kini serba sedikit mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Dalam pada itu, Syahidah juga kini telah mahir dalam mencari laman sesawang yang berkaitan dengan pembelajaran sebagai rujukan sewaktu ulangkaji.

 

CELIK IT - Nur Ahmad Zaidi

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

NAMA  : NUR AHMAD ZAIDI BIN MANASAL

UMUR  : 14 TAHUN

AHLI    : 2019

Latar Belakang

Nur Ahmad Zaidi berusia 14 tahun dan kini berada di Tingkatan 2. Ahmad Zaidi bersekolah di SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak lelaki tunggal daripada empat orang adik- beradik di dalam keluarganya. Ahmad Zaidi sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Internet untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang seperti ‘ICT games’ dan ‘ICT learning’ yang pernah diajar oleh petugas Pusat Internet. Selain itu, dia juga sangat berminat untuk menjadi ‘youtuber’. Ahmad Zaidi bukan sahaja datang ke Pusat Internet untuk melayari internet semata-mata tetapi juga menggunakan kemudahan yang ada untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Ahmad Zaidi tidak mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari ‘youtube’ sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

PEDi menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Ahmad Zaidi kini serba sedikit mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Selain itu, dia kini juga tahu serba sedikit tentang cara penghasilan video pendek kerana telah turut serta dalam kelas Video Production anjuran Pusat Internet. Dalam pada itu, Ahmad Zaidi juga kini mahir dalam mencari laman sesawang yang berkaitan dengan pembelajaran sebagai rujukan sewaktu ulangkaji.

 

KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 2)

USAHAWAN ATAS TALIAN : DAYANGKU NUR ASHIKIN

 NAMA   : DAYANGKU NUR ASHIKIN BINTI AWANGKU                      OSMAN

UMUR    : 27 TAHUN

AHLI     : 2019

LATAR BELAKANG

Dayangku Nur Ashikin, berusia 27 tahun merupakan seorang wanita yang sangat meminati bidang kecantikan dan perniagaan. Beliau sudah berkecimpung di dalam dunia kecantikan dan perniagaan sejak berusia 23 tahun lagi. Pada awalnya, beliau hanya berjualan produk kecantikan secara kecil- kecilan. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan memiliki ramai dropship untuk menjual produk- produknya. Selain itu, Puan Ashikin juga membuat perkhidmatan solekan pengantin. Beliau kerap menerima tempahan solekan terutamanya ketika musim cuti persekolahan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Puan Ashikin hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk dan servis solekan sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Beliau kini juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian dan memiliki ramai dropship. Jualan dan servis solekannya kini dikenali bukan sahaja di daerah Limbang tetapi juga daerah Lawas.

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 1)

USAHAWAN ATAS TALIAN : MOHAMAD SAFUAN BIN AMIT

NAMA : MOHD SAFUAN BIN AMIT

UMUR  : 29 TAHUN

AHLI   : 2019

LATAR BELAKANG

Safuan , berusia 29 tahun merupakan seorang belia yang sangat meminati perniagaan. Beliau sudah berkecimpung di dalam dunia perniagaan sejak berusia 20 tahun lagi. Pada awalnya, beliau hanya menolong kakaknya dalam mengusahakan perniagaan tersebut. Namun, setelah pemergian kakak sulungnya, beliau meneruskan legasi penjualan minyak kelapa dan santan ini. Produk ini mendapat sambutan terutamanya ketika musim kenduri dan juga perayaan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Encik Safuan kurang mahir dalam penggunaan ICT dan hanya menggunakan internet untuk berhubung sahaja. Beliau hanya menghantar produk jualannya kepada peniaga di Tamu Limbang pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Selain itu, beliau juga menghantar produk santannya ke kedai runcit berhampiran.

 

SELEPAS PENGGUNAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.