CELIK IT - Nur Ahmad Zaidi

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

NAMA  : NUR AHMAD ZAIDI BIN MANASAL

UMUR  : 14 TAHUN

AHLI    : 2019

Latar Belakang

Nur Ahmad Zaidi berusia 14 tahun dan kini berada di Tingkatan 2. Ahmad Zaidi bersekolah di SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak lelaki tunggal daripada empat orang adik- beradik di dalam keluarganya. Ahmad Zaidi sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Internet untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang seperti ‘ICT games’ dan ‘ICT learning’ yang pernah diajar oleh petugas Pusat Internet. Selain itu, dia juga sangat berminat untuk menjadi ‘youtuber’. Ahmad Zaidi bukan sahaja datang ke Pusat Internet untuk melayari internet semata-mata tetapi juga menggunakan kemudahan yang ada untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Ahmad Zaidi tidak mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari ‘youtube’ sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

PEDi menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Ahmad Zaidi kini serba sedikit mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Selain itu, dia kini juga tahu serba sedikit tentang cara penghasilan video pendek kerana telah turut serta dalam kelas Video Production anjuran Pusat Internet. Dalam pada itu, Ahmad Zaidi juga kini mahir dalam mencari laman sesawang yang berkaitan dengan pembelajaran sebagai rujukan sewaktu ulangkaji.