Celik IT - Syahidah Binti Dollah

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

NAMA    : SYAHIDAH BINTI DOLLAH

UMUR    : 17 TAHUN

AHLI      : 2019

Latar Belakang

Syahidah Dollah berusia 17 tahun dan kini berada di Tingkatan 5. Syahidah bersekolah di SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Syahidah sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Internet untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang 'ICT learning' yang pernah diajar oleh petugas PEDi. Dia menjadikan platform ICT Learning sebagai salah satu cara mudah untuk mengulangkaji pelajarannya memandangkan beliau akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Syahidah kurang mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari laman Facebook.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Syahidah kini serba sedikit mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Dalam pada itu, Syahidah juga kini telah mahir dalam mencari laman sesawang yang berkaitan dengan pembelajaran sebagai rujukan sewaktu ulangkaji.