KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 2)

USAHAWAN ATAS TALIAN : DAYANGKU NUR ASHIKIN

 NAMA   : DAYANGKU NUR ASHIKIN BINTI AWANGKU                      OSMAN

UMUR    : 27 TAHUN

AHLI     : 2019

LATAR BELAKANG

Dayangku Nur Ashikin, berusia 27 tahun merupakan seorang wanita yang sangat meminati bidang kecantikan dan perniagaan. Beliau sudah berkecimpung di dalam dunia kecantikan dan perniagaan sejak berusia 23 tahun lagi. Pada awalnya, beliau hanya berjualan produk kecantikan secara kecil- kecilan. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan memiliki ramai dropship untuk menjual produk- produknya. Selain itu, Puan Ashikin juga membuat perkhidmatan solekan pengantin. Beliau kerap menerima tempahan solekan terutamanya ketika musim cuti persekolahan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Puan Ashikin hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk dan servis solekan sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Beliau kini juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian dan memiliki ramai dropship. Jualan dan servis solekannya kini dikenali bukan sahaja di daerah Limbang tetapi juga daerah Lawas.