KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 1)

USAHAWAN ATAS TALIAN : MOHAMAD SAFUAN BIN AMIT

NAMA : MOHD SAFUAN BIN AMIT

UMUR  : 29 TAHUN

AHLI   : 2019

LATAR BELAKANG

Safuan , berusia 29 tahun merupakan seorang belia yang sangat meminati perniagaan. Beliau sudah berkecimpung di dalam dunia perniagaan sejak berusia 20 tahun lagi. Pada awalnya, beliau hanya menolong kakaknya dalam mengusahakan perniagaan tersebut. Namun, setelah pemergian kakak sulungnya, beliau meneruskan legasi penjualan minyak kelapa dan santan ini. Produk ini mendapat sambutan terutamanya ketika musim kenduri dan juga perayaan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Encik Safuan kurang mahir dalam penggunaan ICT dan hanya menggunakan internet untuk berhubung sahaja. Beliau hanya menghantar produk jualannya kepada peniaga di Tamu Limbang pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Selain itu, beliau juga menghantar produk santannya ke kedai runcit berhampiran.

 

SELEPAS PENGGUNAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.