KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 2)

USAHAWAN ATAS TALIAN : SYAHIDAH BINTI DOLLAH ( SIBLINGS COOKIES)

NAMA         : SYAHIDAH BINTI DOLLAH

UMUR          : 16 TAHUN

AHLI            : 2019

LATAR BELAKANG

Siblings Cookies merupakan produk berasaskan biskut dan kek yang dikendalikan oleh tiga orang adik beradik diketuai oleh Cik Syahidah. Siblings Cookies mula bergiat aktif pada tahun ini dan mereka berniaga secara kecil-kecilan bagi menjana pendapatan sendiri. Mereka menjadikan perniagaan ini sebagai suatu aktiviti yang mengisi masa terluang mereka. Minat dan hobi adik- beradik ini ternyata tidak sia-sia kerana telah mendapat tempahan yang luar biasa pada musim perayaan yang lalu. Antara produk jualan mereka ialah biskut kacang, coklat, biskut arab, kek coklat dan pelbagai lagi.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Siblings Cookies bermula dengan hanya berniaga secara kecil-kecilan dengan menghantar produk mereka di kedai-kedai runcit berhampiran. Promosi mereka juga hanya terhad kepada komuniti berdekatan sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Dengan adanya PEDi Patiambun, urusan perniagaan Siblings Cookies menjadi lebih mudah dan lebih maju. Antaranya, mereka telah belajar cara bagaimana untuk membuat label produk yang lebih menarik. Syahidah juga sering menggunakan komputer di PEDi untuk membuat label dan seterusnya mencetak label berkenaan untuk digunakan pada paket produk mereka. Selain itu, mereka juga menggunakan kemudahan internet untuk mengakses website bagi mencari idea baru dan penambahbaikkan produk mereka. Dalam masa yang sama, mereka lebih mahir dalam mempromosi produk mereka menggunakan laman sosial.

 

photo 2019-05-10 08-01-44

 

KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 2)

USAHAWAN       : DAPUR DARWISY

NAMA                 : NURUL IDAYU BINTI MOHD HAN

UMUR                 : 28 TAHUN

AHLI                   : 2019

LATAR BELAKANG

Puan Idayu pada permulaanya hanya berniaga air teh cincau secara kecil-kecilan di tepi jalan sekitar Kampung Patiambun. Beliau mula berniaga sejak tahun 2018 dan sudah mempunyai nama perniagaan sendiri iaitu ‘Dapur Darwisy”. Pada tahun 2019, perniagaan beliau sudah beroperasi di pasar malam di kawasan bandar Limbang dan di sekitar kampung Patiambun Limbang. Baru-baru ini, beliau juga telah membuat pembaharuan terhadap perniagaannya seperti air Trio dan Air I Miss U. Dengan pembaharuan ini, perniagaannya semakin mendapat sambutan yang baik. Ramai pelanggan yang datang membeli air buatan beliau disebabkan rasanya yang berbeza dari air lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Puan Idayu hanya berniaga kecil-kecilan dengan bersemuka dengan pelanggan. Beliau juga mempromosikan perniagaannya melalui telefon sahaja seperti Fb dan Whatshap. Selain itu, beliau juga sukar untuk mencetak menu dan label bagi perniagaannya. PEDi telah memudahkan lagi perniagaannya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Pusat Internet ini memudahkan urusan perniagaan Puan Idayu seperti belajar usahawan online bersama petugas PEDi. Beliau kini sering menggunakan komputer di PEDi bagi membuat label produk serta menjual secara online. Malah, beliau juga ingin membuat blog sendiri bagi perniagaannya. Perniagaan beliau semakin maju sehingga dikenali ke luar negara seperti negara Brunei Darussalam. Dapur Darwisy telah mendapat sambutan yang baik di bahagian Limbang, Lawas dan Brunei Darussalam.

 

DAPUR DARWISY POSTER