KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUARTER 2)

USAHAWAN ATAS TALIAN : SYAHIDAH BINTI DOLLAH ( SIBLINGS COOKIES)

NAMA         : SYAHIDAH BINTI DOLLAH

UMUR          : 16 TAHUN

AHLI            : 2019

LATAR BELAKANG

Siblings Cookies merupakan produk berasaskan biskut dan kek yang dikendalikan oleh tiga orang adik beradik diketuai oleh Cik Syahidah. Siblings Cookies mula bergiat aktif pada tahun ini dan mereka berniaga secara kecil-kecilan bagi menjana pendapatan sendiri. Mereka menjadikan perniagaan ini sebagai suatu aktiviti yang mengisi masa terluang mereka. Minat dan hobi adik- beradik ini ternyata tidak sia-sia kerana telah mendapat tempahan yang luar biasa pada musim perayaan yang lalu. Antara produk jualan mereka ialah biskut kacang, coklat, biskut arab, kek coklat dan pelbagai lagi.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Siblings Cookies bermula dengan hanya berniaga secara kecil-kecilan dengan menghantar produk mereka di kedai-kedai runcit berhampiran. Promosi mereka juga hanya terhad kepada komuniti berdekatan sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Dengan adanya PEDi Patiambun, urusan perniagaan Siblings Cookies menjadi lebih mudah dan lebih maju. Antaranya, mereka telah belajar cara bagaimana untuk membuat label produk yang lebih menarik. Syahidah juga sering menggunakan komputer di PEDi untuk membuat label dan seterusnya mencetak label berkenaan untuk digunakan pada paket produk mereka. Selain itu, mereka juga menggunakan kemudahan internet untuk mengakses website bagi mencari idea baru dan penambahbaikkan produk mereka. Dalam masa yang sama, mereka lebih mahir dalam mempromosi produk mereka menggunakan laman sosial.

 

photo 2019-05-10 08-01-44