CELIK IT- NUR ALEYA NABILA

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Nur Aleya Nabila

Umur: 15 Tahun

Ahli: 2020

Latar belakang

Nur Aleya Nabila berusia 15 tahun dan kini berada di Tingkatan 3. Aleya bersekolah di SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak ketiga di dalam keluarganya.

 

Aleya sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Internet Komuniti untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang seperti ‘ICT games’ dan ‘ICT learning’ yang pernah diajar oleh petugas PEDi. Selain itu, Aleya juga aktif turut serta dalam Kumpulan Digital Squad yang ditubuhkan oleh PEDi Patiambun dan banyak membantu dalam penghasilan video-video berkenaan PEDi, Klik Dengan Bijak dan Mobile e-Waste. Aleya juga sering mengajak rakan sekelasnya untuk menghadiri kelas pdpr mereka di PEDi Patiambun.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, Aleya tidak mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari ‘youtube’ sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pusat Internet Komuniti menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Aleya kini serba sedikit mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Dalam pada itu, Aleya juga kini mempunyai laman web sendiri hasil daripada mengikuti kelas di PEDi Patiambun.