KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 (2022)

USAHAWAN ATAS TALIAN: Noorlizawati binti Matudin

Nama: Noorlizawati binti Matudin

Umur: 33 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang: 

Lizawati, berusia 33 tahun merupakan seorang suri rumah yang sangat meminati bidang perniagaan. Beliau mula berniaga kerana ingin mengisi waktu lapang dan mencari pendapatan sampingan untuk keluarga kecilnya. Pada awalnya, beliau hanya berjualan produk ini secara kecil- kecilan di dalam kampung sahaja. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan mula mengambil slot tempahan setiap kali ada permintaan. Oleh kerana tempahan yang diterima sangat memberangsangkan, beliau kini menyediakan bouqet hadiah dan coklat siap sedia dan di jual di kiosk PEDi Patiambun dengan harga mampu milik.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

Puan Lizawati hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi: 

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.Beliau juga kini mempunyai label produknya sendiri.