CELIK IT- ASNITA BINTI LEAMAT

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Asnita binti Leamat

Umur: 14 Tahun

Ahli: 2019

 

Latar belakang:


Asnita berusia 14 tahun, kini tingkatan dua dan bersekolah di SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak kedua di dalam keluarganya. Asnita sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke Pusat Ekonomi Digital untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang dan turut serta dalam pelbagai aktiviti ‘ICT learning’,yang diajar oleh petugas PEDi. Selain itu, Asnita juga sering mengajak rakannya untuk menghadiri kelas ICT di PEDi Patiambun dan konsisten memberi komitmen untuk mengikuti Bengkel ICT selama 2 minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:

Sebelum penggunaan ICT, Asnita tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari youtube dan laman facebook sahaja.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:
Pusat Ekonomi Digital menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Asnita kini mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Selain itu, Asnita juga mampu menghasilkan poster menggunakan aplikasi Canva.