KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN 2 NADI PATIAMBUN (2024)

USAHAWAN ATAS TALIAN: SITI NOR ADRINA BINTI EBINLI

Nama: Siti Nor Adrina Binti Ebinli

Umur: 38 Tahun

Ahli: 2023

Latar belakang:

Siti Nor Adrina berusia 38 tahun merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 7 orang cahaya mata. Beliau sangat meminati bidang perniagaan. Perniagaan kuih tart dan minuman merupakan pendapatan sampingan untuk menambah pendapatan keluarga kecilnya. Pada awalnya, beliau hanya menjual kuih tart secara kecil-kecilan di dalam kawasan kampung setiap kali ada tempahan sahaja. Namun kini beliau kerap membuka tempahan memandangkan permintaan yang semakin meningkat.Selain itu,beliau juga sudah memiliki pondok kecil di kawasan kampung sebagai tempat khas untuk beliau menjual produk makanan dan minuman jualannya kepada orang ramai yang beroperasi pada setiap hari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan di NADI:

Puan Adrina hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau, beliau hanya menjual produknya melalui applikasi whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan di NADI:

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di NADI, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosikan produk jualannya. Beliau mula mempromosikan jualannya secara meluas melalui Facebook dan lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.Bahkan kini,beliau mempunyai label produknya sendiri.