SEJARAH KAMPUNG PATIAMBUN

Menurut cerita orang kampung terdahulu, Kampung Patiambun pada asalnya didiami oleh orang yang berketurunan Adat Perpatih sewaktu pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei. Mereka tinggal berkeluarga di kawasan ini beberapa tahun lamanya. Adat Perpatih ini adalah gelaran daripada Kesultanan Brunei pada ketika itu dan masih wujud sehingga sekarang. Kumpulan keluarga yang tinggal di kawasan ini ketika itu telah diketuai oleh orang yang bernama Ambun.

Setelah keturunan Adat Perpatih meninggalkan kawasan ini,ia telah diterokai semula dan mereka menggelar kawasan ini dengan gelaran Patih Ambun sempena mengambil nama Adat Perpatih dan ketua mereka. Nama ini kekal sehingga sekarang tetapi sekarang hanya berbeza dari segi sebutan dan ejaan kepada Kampung Patiambun.

Selain itu, Kampung Patiambun ini mempunyai mercu tanda tersendiri iaitu seekor ketam paya. Ini disebabkan, kawasan ini merupakan habitat kehidupan ketam terutamanya ketam paya. 

Sumber Rujukan : Buku Profil JKK Kampung Patiambun