Sambal Delights merupakan salah sebuah tempat makan popular yang menjadi tumpuan terutamanya bagi pencinta Mi Kolok dan Nasi Kukus di Limbang. Ini kerana, retauran ini menyajikan pelbagai masakan yang enak selain daripada tempat makan yang bersih dan selesa. Pelbagai variasi hidangan lain juga disajikan di restauran ini. Antaranya ialah, Char Kue Tiaw, Wantan, Homemade Burger, Nasi Goreng, Mi Goreng, Bihun Goreng dan banyak lagi. Restauran ini terletak di kawasan perumahan berdekatan dengan Kampung Patiambun. 

Untuk merasai sendiri kelazatan Mi Kolok dan Nasi Kukus restauran ini, jemput singgah ke Lot 38, Perumahan Taman Sri Patiambun, 98700 Limbang, Sarawak. Restoran ini beroperasi bermula jam 3:00 petang hingga 10:00 malam.