KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUATER 3)

USAHAWAN ATAS TALIAN: NUR WENDY MICHAEL

NAMA: NUR WENDY MICHAEL

UMUR: 37 TAHUN

AHLI: 2020

Latar Belakang

Puan Nur Wendy Michael berusia 37 tahun merupakan seorang wanita yang sangat meminati bidang anyaman. Beliau mula berkecimpung di dalam bidang anyaman bakul ini sejak remajaa dengan mula belajar menganyam dengan ibunya. Pada mulanya, beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan dengan kerjasama adik-beradiknya, kini beliau telah mengembangkan perniagaan bakul anyamannya. Beliau menerima banyak tempahan sehingga ke negara Brunei Darussalam. 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Puan Nur Wendy hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk bakul anyaman beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas keusahawan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Beliau juga kini memiliki akaun jualan di Shopee. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.