KISAH KEJAYAAN BULANAN (QUATER 3)

USAHAWAN ATAS TALIAN: SITI SAFIAH BINTI SONDIT

NAMA: SITI SAFIAH BINTI SONDIT 

UMUR: 32 TAHUN

AHLI: 2019

Latar Belakang

Puan Siti Safiah berusia 32 tahun dan sangat meminati bidang perniagaan. Beliau mula berniaga minyak dan mandian berasaskan daun bidara pada musim PKP baru-baru ini. Pada awalnya, beliau hanya sekadar ingin mencuba bidang perniagaan dengan menjual secara kecil-kecilan. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan menerima banyak permintaan untuk mendapatkankan produk bidara

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Puan Siti Safiah hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk bidara jualan beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan. 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosikan produk jualannya. Beliau juga kini memiliki akaun si Shopee. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.