KISAH KEJAYAAN BULANAN(QUATER 4)

USAHAWAN ATAS TALIAN: NURUL ZAINURA BINTI NORUDIN

NAMA: NURUL ZAINURA BINTI NORUDIN

UMUR: 32 TAHUN

AHLI: 2020

Latar Belakang:

Puan Nurul Zainura, berusia 32 tahun dan merupakan wanita yang meminati bidang perniagaan sejak berada di universiti lagi. Pada awalnya, beliau menjadi dropship sahaja. Namun kini, beliau mengembangkan perniagaannya dan telah menjadi ejen bagi minyak wangi jenama 'Sugarbomb' di daerah Limbang. Selain itu juga, beliau menjual makanan kering dan madu Tualang di kiosk miliknya di Anjung Usahawan Limbang.

Sebelum pengunaan ICT/penglibatan PEDi

Puan Nurul hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

Selepas pengunaan ICT/penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas usahawan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosikan produk jualannya.Beliau juga kini memiliki akaun jualan di Shopee. Selain itu juga, beliau lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.