KISAH KEJAYAAN BULANAN(QUATER 4)

USAHAWAN ATAS TALIAN: Fazrena Binti Sawal

Nama: Fazrena Binti Sawal

Umur: 22 Tahun

Ahli: 2020

Latar Belakang:

Puan Fazrena binti Sawal, 22 tahun merupakan wanita muda yang meminati bidang perniagaan sejak dari sekolah menengah lagi. Beliau membantu ibunya menjual Nasi Tahai dihadapan rumahnya. Pada awalnya, beliau hanya menjual secara kecil-kecilan tetapi kini telah mengembangkan perniagaan tersebut dengan menghantar ke kedai-kedai pada setiap pagi dan mula menghasilkan samosa sejuk beku dan menjual Nasi Tahai serta samosa secara atas talian.

Sebelum pengunaan ICT/penglibatan PEDi

Puan Fazrena hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

Selepas pengunaan ICT/penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas usahawan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosikan produk jualannya. Selain itu juga, beliau lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.