CELIK IT- Siti Nur Bayah Binti Abdul Rajak

ASAS KOMPUTER DAN MICROSOFT OFFICE

Nama: Siti Nur Bayah Binti Abdul Rajak

Umur: 15 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang:

Siti Nur Bayah berusia 15 tahun dan kini berada di Tingkatan 3, SMK Seri Patiambun, Limbang dan merupakan anak kedua daripada tiga orang adik- beradik di dalam keluarganya.Bayah sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT. Dia sering ke PEDi untuk mengisi masa lapangnya dengan melayari laman sesawang seperti ‘ICT games’ dan ‘ICT learning’ yang pernah diajar oleh petugas PEDi. Selain itu, Bayah juga aktif turut serta dalam Kumpulan Digital Squad yang ditubuhkan oleh PEDi Patiambun dan banyak membantu dalam penghasilan video-video berkenaan PEDi, Klik Dengan Bijak dan Mobile e-Waste. Bayah juga sering mengajak rakan sekelasnya untuk menghadiri kelas pdpr mereka di PEDi Patiambun.

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

 

Sebelum penggunaan ICT, Bayah tidak mahir dalam menggunakan komputer dengan baik. Dia hanya kerap melayari ‘youtube’ sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

 

PEDi menyediakan latihan ICT seperti pengenalan peralatan komputer dan latihan penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Publisher. Bayah kini serba sedikit mahir dalam menggunakan Microsoft Word. Dia juga mampu menaip secara cekap dan boleh membuat poster menggunakan Power Point dan Publisher. Dalam pada itu, Bayah juga kini mempunyai laman web sendiri hasil daripada mengikuti kelas di PEDi Patiambun.