KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 (QUATER 1)

USAHAWAN ATAS TALIAN: Mohd Fazdhil Mu’azam Bin Jamil

Nama: Mohd. Fazdhil Mu'azam bin Jamil

Umur: 22 Tahun

Ahli:2020

Latar Belakang: 

Fazdhil Mu’azam, berusia 22 tahun merupakan seorang belia yang sangat meminati bidang perniagaan. Beliau mula berniaga kerana ingin mengisi waktu lapang ketika cuti semester. Pada awalnya, beliau hanya berjualan produk ini secara kecil- kecilan di dalam kampung sahaja. Namun, kini beliau mengembangkan perniagaannya dan mula mengambil slot tempahan sehingga tiga kali setiap minggu. Oleh kerana tempahan yang diterima sangat memberangsangkan, beliau kini dibantu oleh adiknya untuk mempromosi dan menyiapkan tempahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

 

Encik Fazdhil hanya menggunakan internet untuk berhubung dan mengiklankan produk jualan beliau sahaja. Beliau hanya menjual produknya secara terus kepada pelanggan.

 

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi:

 

Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan pembelajaran ICT di PEDi, beliau mula menggunakan internet sebagai salah satu medium utama untuk mempromosi produk jualannya. Selain itu, beliau juga kini lebih mahir dalam berurusan untuk mengambil tempahan secara atas talian.Beliau juga kini mempunyai label produknya sendiri.